Remaja maut, motosikal hilang kawalan

Keadaan motosikal mangsa yang terlibat kemalangan, semalam.
Keadaan motosikal mangsa yang terlibat kemalangan, semalam.
A
A
A

NILAI - Seorang remaja meninggal dunia setelah motosikal ditungganginya hilang kawalan di Kilometer 280.2 Lebuhraya Plus arah Utara semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, mangsa, Muhamad Ilyas Zakaria,24, disahkan meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan di Zon Merah Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Katanya, mangsa berasal dari Selangor itu, parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan lain.

"Siasatan awal mendapati motosikal ditungganginya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu melanggar penghadang besi di lorong kecemasan.

"Akibat perlanggaran tersebut mangsa tercampak di atas jalan, sebelum ditemui orang ramai yang melalui kawasan itu,"katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: