Bersatu tolak Ikmal

Sazmi Miah
Sazmi Miah
A
A
A

MACHANG - Bersatu menolak permohonan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz bagi menyertai parti tersebut selepas bertindak keluar Umno pada akhir tahun lalu.

Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Sazmi Miah ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Sazmi, keputusan tersebut dibuat berdasarkan penilaian dan laporan dari akar umbi dan kepimpinan Bersatu Kelantan.

Pada 14 Disember lalu, Ikmal Hisham mengumumkan keluar UMNO serta meletakkan jawatan sebagai Ketua Bahagian Tanah Merah dengan mendakwa keputusan nekad itu diambil demi kebaikan warga Tanah Merah dan juga untuk mengembalikan kuasa Melayu dan Islam.

Namun ketika itu, beliau memaklumkan belum bercadang menyertai parti lain dan berbuat demikian semata-mata bagi memastikan pembangunan di Tanah Merah yang sekian lama diusahakan dapat diteruskan dan tidak terhenti begitu sahaja.

Artikel Berkaitan: