Kru penyelamat temui 'jantung hutan'

'Jantung hutan' ditemui di Air Terjun Kaipara. - Foto OC
'Jantung hutan' ditemui di Air Terjun Kaipara. - Foto OC
A
A
A

WELLINGTON - Penemuan sekumpulan pokok yang ditanam berbentuk hati di kawasan hutan berhampiran Air Terjun Kaipara di New Zealand menjadi tular di media sosial sejak bulan lalu.

Menerusi Oddity Central (OC) semalam, pemandangan luar biasa itu ditemui oleh kru Helikopter Penyelamat Westpac Auckland di tengah-tengah hutan kecil.

Ketua kru helikopter, Mark Tinny Cannell berkongsi foto pemandangan yang kemudian memberi gelaran 'jantung hutan' di Facebook.

Meskipun tidak mengetahui kisah di sebalik pokok itu namun penemuan kali pertama dikatakan sungguh menakjubkan.

Menjengah di ruang komen Facebook Mark, netizen membanjiri pelbagai kisah mengenai penemuan tersebut.

Netizen mendakwa karya itu adalah salah satu hasil nukilan Wayne Barnes yang pernah membina tempat perlindungan berhampiran lokasi itu.

Karya itu dikatakan diciptakan oleh Barnes sebagai isyarat romantis untuk isterinya, Rosie.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada Wayne atau isterinya masih hidup ketika ini tetapi 'jantung hutan' nampaknya antara tarikan popular dalam kalangan masyarakat yang berkunjung di Air Terjun Kaipara, terutama pada musim luruh.

Artikel Berkaitan: