Terdedah dengan petugas media positif Covid-19, Dr Adham jalani HSO

Dr Adham berkata, perintah HSO itu dikeluarkan selepas penilaian risiko dijalankan KKM. -Foto Facebook Dr Adham Baba
Dr Adham berkata, perintah HSO itu dikeluarkan selepas penilaian risiko dijalankan KKM. -Foto Facebook Dr Adham Baba
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba diletakkan di bawah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) berikutan terdedah dengan petugas media yang disahkan positif Covid-19.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Dr Adham berkata, perintah HSO itu dikeluarkan selepas penilaian risiko dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Saya didapati kontak rapat kepada seorang petugas media swasta yang hadir ke pejabat saya pada Sabtu lepas. Beliau didapati positif Covid-19 dan bergejala," katanya.

Menurutnya, beliau akan meneruskan tugas-tugasnya di rumah termasuk mengadakan mesyuarat dan perbincangan melalui sidang maya sehingga tamat perintah HSO.

"Sesiapa pun tidak terkecuali daripada mematuhi sebarang perintah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa apatah lagi yang melibatkan langkah pencegahan atau rawatan Covid-19," katanya.

Beliau berharap agar semua lapisan masyarakat memainkan peranan dalam menangani dan melawan Covid-19.

"Mohon doakan semuanya selamat," katanya.

Artikel Berkaitan: