Kerajaan kaji semula GST, model cukai lain

GST diperkenalkan pada April 2015 sebelum dimansuhkan pada Jun 2018 selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan. - Foto Bernama
GST diperkenalkan pada April 2015 sebelum dimansuhkan pada Jun 2018 selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji semula kesesuaian untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) atau apa-apa model cukai kepenggunaan dengan mengambil kira semua aspek.

Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah berkata, aspek Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada serta sistem GST yang dilaksanakan pada 2015 akan diteliti.

Menurutnya, kajian juga akan meliputi kesan ke atas ekonomi, kos sara hidup, kesan cukai terhadap harga barang serta keupayaan menangani kegiatan ekonomi gelap.

“Sebarang cukai baharu jika ada perlu bersifat mudah ditadbir dan tidak meningkatkan kos perniagaan selain dapat mengukuhkan kedudukan fiskal negara.

“Berhubung dengan Cukai Kekayaan, kerajaan tidak mempunyai sebarang cadangan untuk melaksanakannya pada masa ini,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau menjawab soalan Wong Shu Qi (PH-Kluang) mengenai sama ada kerajaan akan melaksanakan semula GST atau Cukai Kekayaan untuk meningkatkan pendapatan negara.

Artikel Berkaitan: