Kerajaan salur RM34.6 bilion bantu ringan beban rakyat

Mohd Shahar
Mohd Shahar
A
A
A

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah menyalurkan RM34.6 bilion dalam bentuk subsidi, insentif dan bantuan bagi meringankan beban sara hidup rakyat dalam tempoh hingga suku ketiga tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah berkata, penerima bantuan berkenaan meliputi golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) selain M40 yang dikatakan paling teruk terjejas akibat Covid-19.

“Pemberian dan pengagihan subsidi secara bersasar antara matlamat kerajaan untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan serta mengurangkan ketirisan.

"Perbelanjaan sebenar pemberian kerajaan hingga suku ketiga 2020 berjumlah RM34.6 bilion iaitu RM18.2 bilion dibiayai menerusi peruntukan Belanjawan 2020,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak RM16.4 bilion dibiayai mengikut Kumpulan Wang Covid-19, merangkumi pelbagai sektor antaranya sektor pertanian, sektor kepenggunaan, sektor pengangkutan, sektor keselamatan, sektor komuniti dan keagamaan.

“Ia juga merangkumi sektor kesihatan dan pendidikan, termasuk bantuan sara hidup serta kebajikan masyarakat, bantuan faedah pinjaman dan pemberian elaun,” katanya.

Artikel Berkaitan: