X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Jadikan SSPN-i pilihan utama

PTPTN dan YIK bekerjasama sebelum ini bagi memberikan hadiah RM500 kepada pelajar cemerlang yang dikreditkan terus ke akaun SSPN-i.
A
A

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengalu-alukan semua pihak agar menjadikan Skim Pendidikan Nasional (SSPN) sebagai pilihan utama bagi pemberian hadiah atau insentif dalam penganjuran sesuatu program.

Menerusi satu kenyataan, tabung pendidikan itu memaklumkan SSPN adalah merupakan produk simpanan yang mempunyai pelbagai manfaat kepada pendeposit.

Menurutnya, antara keistimewaan yang bakal diterima adalah melibatkan geran secara percuma sehingga RM10,000 sekiranya anak-anak mendaftar ke institusi pengajian tinggi (IPT).

“Selain itu, mereka turut mendapat perlindungan takaful, dividen kompetitif, pelepasan cukai taksiran ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun dan pelbagai lagi,” katanya.

Terbaharu, PTPTN memaklumkan pihaknya menghargai usaha Yayasan Islam Kelantan (YIK) memberikan hadiah wang tunai RM500 yang dikreditkan terus ke akaun SSPN-i kepada 592 pelajar cemerlang dengan jumlah keseluruhan RM296,000.

Selain itu, PTPTN berkata, pihaknya turut menerima sumbangan zakat perniagaan daripada pengeluar barangan sekolah jenama Canggih, My-Sutera Sdn Bhd bernilai RM30,000 dalam bentuk akaun SSPN-i kepada golongan asnaf.

“Semoga sokongan sebegini dapat membantu memperkasakan amalan penabungan untuk pendidikan tinggi dalam kalangan masyarakat Malaysia dan tidak hanya bergantung kepada pinjaman pendidikan semata-mata,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!