Angelina Jolie lawat pelarian Rohingya

Jolie tiba di lapangan terbang di Cox's Bazar di selatan Bangladesh, semalam.
Jolie tiba di lapangan terbang di Cox's Bazar di selatan Bangladesh, semalam.
A
A
A

COX'S BAZAR - BANGLADESH. Bintang terkenal Hollywood, Angelina Jolie melawat kem pelarian Rohingya di Bangladesh, semalam menjelang rayuan baharu PBB untuk mendapatkan dana berjumlah hampir AS$1 bilion (RM4 bilion) bagi keperluan golongan itu dan komuniti yang menjadi tuan rumah kepada mereka.

Sejurus Wakil Khas Suruhanjaya PBB untuk Pelarian (UNHCR) itu tiba di Dhaka, beliau terus menuju ke kem di Teknaf bersempadan dengan Myanmar untuk bertemu dengan kira-kira 720,000 pelarian Rohingya yang melarikan diri dari gelombang keganasan pada Ogos 2017.

Jolie, 43, berkunjung di Bangladesh untuk menilai keperluan kemanusiaan yang diperlukan sejuta pelarian Rohingya di kem sekitar bandar Cox's Bazar.

Selain itu, beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Sheikh Hasina, Menteri Luar, AK Abdul Momen dan pegawai kanan lain di Dhaka bagi membincangkan bagaimana UNHCR boleh membantu Bangladesh untuk 'penyelesaian mampan' bagi menyelesaikan krisis penindasan etnik minoriti terbabit.

Difahamkan, pelakon terbabit pernah melawat pelarian Rohingya ketika di Myamar pada Julai 2015 dan di India pada 2006. - AFP

Artikel Berkaitan: