'Jangan jadi orang tak bijak'

Troll yang dilakukan oleh Najib terhadap Aminuddin.
Troll yang dilakukan oleh Najib terhadap Aminuddin.
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan negeri menafikan dakwaan berniat untuk menipu rakyat dalam isu peruntukan yang ditarik balik bagi pembinaan masjid baharu di pinggir Bandar IOI di Jempol.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri perlu melihat kesesuaian tanah yang diserahkan bagi pembinaan masjid berkenaan kerana ia melibatkan wang rakyat.

"Pendirian kerajaan ialah mana-mana tanah yang diserahkan kepada kami mestilah sesuai dan bukan tanah paya.

"Buat apa hendak buat masjid kalau dapat tapak yang tidak sesuai," katanya selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina di Kampung Seri Sikamat, di sini, malam kelmarin.

Hadir sama, Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai troll bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai peruntukan sebanyak RM7.17 juta bagi pembinaan masjid baharu itu yang telah ditarik balik oleh kerajaan negeri.

Aminuddin hadir memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina di Kampung Baru Seri Sikamat, kelmarin.
Aminuddin hadir memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina di Kampung Baru Seri Sikamat, kelmarin.

Kenyataan Najib di Facebooknya itu turut menyertakan laporan sebuah akhbar tempatan yang bertajuk `MB akui peruntukan bina masjid ditarik balik'.

Artikel Berkaitan:

Troll Najib itu turut disertakan sekali dengan serangkap pantun lucu.

Terdahulu, media melaporkan, Aminuddin mengakui peruntukan yang telah diluluskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 2016 bagi pembinaan masjid berkenaan telah ditarik balik.

Bagaimanapun, katanya, pembinaan masjid untuk kemudahan lebih 10,000 umat Islam di enam taman perumahan dekat Bahau itu bukan dibatalkan, sebaliknya dikaji semula.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, beliau troll Najib terhadapnya itu sebagai sesuatu yang biasa dan beliau tidak ada masalah mengenainya.

"Kita jangan jadi orang yang tidak bijak," katanya.