Angka positif Covid-19 daripada Kluster Huma bertambah

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan bahawa daripada 17 kes hari ini, ia melibatkan 13 kes di Pasir Puteh, dua di Pasir Mas dan masing-masing satu kes di Bachok serta Kota Bharu.
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan bahawa daripada 17 kes hari ini, ia melibatkan 13 kes di Pasir Puteh, dua di Pasir Mas dan masing-masing satu kes di Bachok serta Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Jumlah kes baharu Covid-19 membabitkan Kluster Huma di negeri ini terus mencatatkan peningkatan iaitu sebanyak 11 kes direkodkan hari ini berbanding dua kes pada Isnin lalu.

Pertambahan berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan kes terbabit sehingga jam 12 tengah hari ini ialah seramai 70 orang.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, catatan kes harian Covid-19 untuk Kelantan pada hari ini adalah sebanyak 17 kes.

“Jangan leka, kita masih belum bebas sepenuhnya dan terus patuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan bahawa daripada 17 kes, ia melibatkan 13 kes di Pasir Puteh, dua di Pasir Mas dan masing-masing satu kes di Bachok serta Kota Bharu.

Kenyataan sama turut memaklumkan bahawa 11 kes didaftarkan di Mukim Bukit Awang, Pasir Puteh (kes ke-444 hingga 454) dan merupakan kontak rapat kes sah dari Kluster Huma.

“Satu kes didaftarkan di Mukim Rantau Panjang, Pasir Mas (kes ke-455). Kes ini merupakan kontak rapat kes sah daripada Kluster Mengketil.

“Satu kes didaftarkan di Mukim Tawang, Bachok (kes ke-456). Ia merupakan Saringan Survelan Covid-19 Petugas Kesihatan,” kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Kenyataan turut menyebut bahawa satu kes lagi didaftarkan di Mukim Kangkong, Pasir Mas (kes ke-457) dan adalah kontak rapat kes sah dari Selangor yang dikategorikan sebagai kes import B.

Turut dikongsikan, terdapat satu kes didaftarkan di Mukim Limbongan, Pasir Puteh (kes ke-458) merupakan kontak rapat kes sah dari Pulau Pinang dan dikategorikan sebagai kes import B.

"Terdapat juga satu kes didaftarkan di Mukim Padang Pak Amat, Pasir Puteh (kes ke-459) dan merupakan saringan Berisiko Luar Negeri (Labuan) yang dikategorikan sebagai kes import B.

“Satu kes didaftarkan di Mukim Kota, Kota Bharu (kes ke-460). Kes ini merupakan Saringan Berisiko Luar Negeri (Sabah) dan dikategorikan sebagai kes import B,” kata kenyataan tersebut.