Penyewa bilik ditemui mati tergantung

No Image Caption
A
A
A

MERSING - Rasa tidak sedap hati seorang lelaki selepas penyewa yang menetap di rumahnya di Kampung Tenglu Laut di sini, tidak membuka pintu membawa kepada penemuan mengejutkan.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Cyril Edward Nuing berkata, bimbang apabila penyewanya tidak membuka pintu selepas dipanggil beberapa kali, lelaki tersebut bertindak melaporkan kepada pihak polis.

Menurutnya, kehadiran pihak polis berjaya menemui mayat seorang lelaki warganegara Switzerland yang dipercayai menggantung diri dalam rumah berkenaan.

Katanya, dalam kejadian jam 9 pagi tadi kelmarin, mangsa dikenali sebagai Nicola Simone, 59, ditemui sudah meninggal dunia oleh pihak polis.

“Seorang lelaki berusia 40-an datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing memberitahu kepada polis mengenai seorang penyewa rumah sewanya iaitu lelaki warganegara Switzerland tidak membuka pintu setelah dipanggil beberapa kali.

“Bertindak atas maklumat awam, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Mersing bergegas ke lokasi kejadian.

“Setelah memecah pintu yang dikunci selak dari dalam itu, satu mayat lelaki ditemui di dalam rumah dengan leher tergantung pada tali yang diikat pada palang pintu di antara ruang bilik tidur dan dapur,” katanya.

Cyril Edward berkata, barang peribadi mangsa termasuk dompet, wang dan telefon bimbit masih ada di tempat kejadian.

Artikel Berkaitan:

Katanya, menurut saksi, mangsa menyewa di rumah terbabit sejak kira-kira tiga bulan lalu dan kali terakhir melihat mangsa pada petang Sabtu.

“Mayat dihantar ke Hospital Daerah Mersing untuk proses bedah siasat. Punca kematian belum diketahui kerana siasatan polis masih dijalankan,” katanya.MERSING Mayat penyewa tergantung.

Kerisauan pemilik rumah terjawab selepas ketukan pintu tidak disahut.

Rasa tidak sedap hati seorang lelaki selepas penyewa yang menetap di rumahnya di Kampung Tenglu Laut di sini, tidak membuka pintu membawa kepada penemuan mengejutkan.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Cyril Edward Nuing berkata, bimbang apabila penyewanya tidak membuka pintu selepas dipanggil beberapa kali, lelaki tersebut bertindak melaporkan kepada pihak polis.

Menurutnya, kehadiran pihak polis berjaya menemui mayat seorang lelaki warganegara Switzerland yang dipercayai menggantung diri dalam rumah berkenaan.

Katanya, dalam kejadian jam 9 pagi tadi kelmarin, mangsa dikenali sebagai Nicola Simone, 59, ditemui sudah meninggal dunia oleh pihak polis.

“Seorang lelaki berusia 40-an datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing memberitahu kepada polis mengenai seorang penyewa rumah sewanya iaitu lelaki warganegara Switzerland tidak membuka pintu setelah dipanggil beberapa kali.

“Bertindak atas maklumat awam, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Mersing bergegas ke lokasi kejadian.

“Setelah memecah pintu yang dikunci selak dari dalam itu, satu mayat lelaki ditemui di dalam rumah dengan leher tergantung pada tali yang diikat pada palang pintu di antara ruang bilik tidur dan dapur,” katanya.

Cyril Edward berkata, barang peribadi mangsa termasuk dompet, wang dan telefon bimbit masih ada di tempat kejadian.

Katanya, menurut saksi, mangsa menyewa di rumah terbabit sejak kira-kira tiga bulan lalu dan kali terakhir melihat mangsa pada petang Sabtu.

“Mayat dihantar ke Hospital Daerah Mersing untuk proses bedah siasat. Punca kematian belum diketahui kerana siasatan polis masih dijalankan,” katanya.