Covid-19: Iran mahu hasilkan vaksin sendiri

Gambar hiasan 123RF
Gambar hiasan 123RF
A
A
A

TEHRAN - Presiden Iran, Hassan Rouhani berkata, kerajaannya menyediakan rancangan serampang dua mata dalam memerangi Covid-19 iaitu menghasilkan vaksin sendiri dengan bantuan saintis tempatan dan membelinya dari luar negara, lapor agensi berita IRNA.

Pada petang Selasa, Rouhani menghadiri Mesyuarat Jawatan Kuasa Khas Memerangi Covid-19 di Ibu Pejabat Kebangsaan.

Beliau berkata, jawatankuasa itu memberi tumpuan terhadap dua perkara, pertamanya dengan melaksanakan dan menguatkuasakan protokol penjarakkan fizikal, saringan pintar dan kuarantin kerana ia dianggap kaedah terjamin.

Keutamaan kedua menyediakan kemudahan untuk penghasilan vaksin kepada ahli sains dan pakar tempatan selain membeli pelalian dari luar negara.

Mengulas mengenai sekatan barangan keperluan termasuk vaksin ke atas rakyat Iran yang dikenakan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Rouhani berkata, kelakuan Trump itu suatu yang terkutuk. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia perlu ada keupayaan bangunkan vaksin sendiri

Bung Moktar tawar diri jadi bahan uji vaksin Covid-19

Artikel Berkaitan:

Enam maut ujian percubaan vaksin Pfizer/BioNTech

Vaksin China lebih kos efektif, mampu penuhi permintaan global