X

Kindly register in order to view this article
!

Rentas negeri, daerah untuk imbangi keperluan ekonomi, kesihatan

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz -Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Keputusan untuk membenarkan rentas negeri dan daerah di seluruh negara kecuali kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dibuat untuk mengimbangi antara keperluan untuk merancakkan aktiviti ekonomi dan keselamatan kesihatan.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, keputusan itu juga dibuat setelah mempertimbangkan faktor ekonomi dan kesihatan rakyat.

"Namun kita semua diingatkan agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"’Walaupun saban hari terdapat beberapa berita yang baik mengenai vaksin, usaha membendung penularan wabak Covid-19 melalui langkah-langkah pencegahan perlulah berterusan dan kekal sebagai keutamaan pada masa ini," kata beliau.

Tengku Zafrul berkata demikian ketika membentangkan laporan ke-32 Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) mengenai pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan Pakej Rangsangan Ekonomi Kita Prihatin (Kita Prihatin) di sini hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini berkata, kerajaan mengambil keputusan untuk membenarkan pergerakan rentas negeri dan daerah di seluruh negara tanpa kebenaran polis kecuali di kawasan PKPD.

Kelonggaran itu berkuat kuasa mulai Isnin, 7 Disember 2020. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!