Kes baharu Covid-19 kembali tiga angka, lima kematian

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 959 kes harian positif Covid-19 dan lima kes kematian berkaitan wabak itu seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 76,265 kes manakala jumlah kes kematian meningkat kepada 393 kes.

"Jumlah kes aktif pula 10,748 kes," katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan Covid-19 hari ini.

Menurutnya, daripada jumlah kes baharu, terdapat enam kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Katanya lagi, sehingga kini, terdapat 127 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi termasuklah 61 yang memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, jumlah kes sembuh yang dilaporkan hari ini adalah 1,068 kes.

“Selangor melaporkan kes harian tertinggi dengan 277 kes (28.9 peratus), diikuti Sabah sebanyak 203 kes (21.2 peratus) dan Kuala Lumpur 129 kes (13.5 peratus),” katanya.

Artikel Berkaitan:

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 27 kes (2.8 peratus) pula adalah berkaitan kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok di Kedah (23 kes) dan Kluster Penjara Seberang Perai (4 kes). Selain itu, Pahang mencatat 119 kes diikuti Johor (100); Negeri Sembilan (33); Perak (33); Pulau Pinang (29); Kelantan (17); Kedah (16); Melaka (dua) dan Labuan (satu).

Sehingga kini, terdapat 127 kes Covid-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 61 kes memerlukan bantuan pernafasan, dan jumlah kumulatif kematian dalam negara adalah 393 kes.

Memperincikan kes kematian melibatkan lima lelaki warga emas, Dr Noor Hisham berkata, kes kematian itu adalah individu berumur 75 tahun yang mempunyai sejarah penyakit gout dan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.

“Selain itu, kematian melibatkan masing-masing dua di Sabah, seorang berumur 61 tahun dan mempunyai sejarah penyakit darah tinggi yang mendapat rawatan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan, manakala seorang lagi berumur 82 tahun di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu,” katanya.

Dua lagi kematian adalah di Johor membabitkan individu berumur 60 tahun yang mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, dislipidemia dan strok, manakala seorang lagi berumur 68 tahun dengan penyakit kencing manis, buah pinggang kronik dan bronkiektasis. Kedua-duanya meninggal dunia di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, kata Dr Noor Hisham.