Pas Kelantan tunggu arahan Pusat

Mohd Amar
Mohd Amar
A
A
A

KOTA BHARU - Pas Kelantan menunggu arahan rasmi di peringkat Pusat bagi parti itu mengadakan pertemuan antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi membentuk kerjasama dalam Muafakat Nasional di negeri ini.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, setakat ini, hanya pertemuan antara Pas Kelantan dengan UMNO Kelantan yang dilakukan bagi tujuan itu.

“Pertemuan bersama antara UMNO dan Bersatu belum diadakan.

“Untuk itu, kita (Pas Kelantan) menunggu arahan rasmi di peringkat pusat,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Negeri Kelantan (JKKNK) di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata demikian bagi mengulas tahap kerjasama yang dibentuk oleh tiga parti itu bagi mengelak berlakunya krisis politik membabitkan Muafakat Nasional mahupun Perikatan Nasional (PN) di negeri ini.

Artikel Berkaitan: