X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 29 November 2021

Pegawai, kakitangan DBKL terima bonus sebulan gaji

Annuar
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju memberi bayaran bonus sebulan gaji dengan jumlah minimum RM1,500 kepada semua pegawai dan kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerusi kemas kini di laman Facebook rasminya hari ini.

Menurut Annuar, berdasarkan beberapa kejayaan yang dihasilkan menerusi semangat kerja berpasukan, pihaknya telah bersetuju untuk membenarkan DBKL membuat pembayaran bonus berkenaan kepada pegawai dan kakitangan mereka.

"Insentif ini sebagai menghargai usaha dan komitmen warga kerja DBKL yang melaksanakan tugas dengan cemerlang sepanjang tahun 2020 ini," katanya.

Tambah Annuar, 2020 merupakan tahun yang sangat mencabar buat warga kerja DBKL susulan ancaman Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menjadikan tugas lebih mencabar.

"Di sebalik semua kesulitan, DBKL terus cemerlang dan mencipta kemajuan demi kemajuan. Inisiatif Wilayah Cakna di bawah Dasar Wilayah Prihatin terus dilaksanakan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan DBKL wajar dicontohi

Tindakan DBKL selari cadangan Pemuda Pas


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!