Peniaga Rantau Panjang turunkan harga untuk tarik pelanggan

Mira dan peniaga lain di zon bebas cukai Rantau Panjang mengambil pendekatan menurunkan harga dalam usaha menarik semula orang berkunjung ke kawasan itu.
Mira dan peniaga lain di zon bebas cukai Rantau Panjang mengambil pendekatan menurunkan harga dalam usaha menarik semula orang berkunjung ke kawasan itu.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Peniaga di zon bebas cukai Rantau Panjang di sini terpaksa menurunkan harga barangan bagi menarik semula orang ramai berkunjung ke kawasan itu.

Tindakan itu susulan serangan pandemik Covid-19 yang menyebabkan kawasan berkenaan seolah-olah 'hidup segan, mati tidak mahu' tanpa kedatangan pengunjung.

Seorang peniaga makanan kekacang, Mira Abdul Ghani, 27, berkata, dia terpaksa menurunkan harga bagi memastikan barangan jualannya itu laku.

"Ini sahaja pilihan terbaik yang ada buat saya dalam mengurangkan risiko kerugian.

"Kalau tidak buat demikian, barangan jualan ini akan rosak kerana langsung tidak dibeli pelanggan," katanya.

Menurutnya, sepanjang pandemik Covid-19 melanda dia sudah mengalami kerugian hampir RM2,000.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kawasan itu masih lengang apabila hanya lima peratus sahaja yang beroperasi.
Tinjauan Sinar Harian mendapati kawasan itu masih lengang apabila hanya lima peratus sahaja yang beroperasi.

Katanya, urus niaga di zon bebas cukai Rantau Panjang bergantung sepenuhnya kepada orang luar.

Artikel Berkaitan:

"Keadaan menjadi lebih perit apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di jajahan ini dilanjutkan sehingga 20 Disember.

"Mahu atau tidak, kami perlu terima dengan hati terbuka," katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kawasan itu masih lengang apabila hanya lima peratus sahaja yang beroperasi.

Lebih menyedihkan apabila ramai peniaga memilih untuk menutup gerai jualan mereka.

Mereka di sini bukan sahaja berdepan Covid-19 tetapi musim tengkujuh yang kebiasaannya akan menenggelamkan pekan Rantau Panjang setiap tahun.