X

Kindly register in order to view this article
!

Ambil ilmu daripada al-Quran untuk besarkan anak OKU

Roziyaton
A
A

SHAH ALAM - Ibu bapa yang mempunyai anak istimewa atau kurang upaya (OKU) harus celik ilmu dalam memastikan anaknya itu dibesarkan dalam keadaan sebaiknya.

Pengerusi K-Link Care Center Kuala Lumpur dan K-Link Care Center Jakarta, Datin Roziyaton Jamaluddin justeru berkata, ibu bapa yang dikurniakan anak istimewa itu perlu berbalik kepada al-Quran untuk mendapatkan ilmunya.

"Kalau kita tidak ada ilmu dan tidak ada pegangan kerohanian, pasti kita akan goyang dan urusan akan menjadi susah.

"Bayangkan seorang ibu dikurniakan anak istimewa yang berusia 18 tahun dan anak itu adalah anak pertamanya. Apa yang perlu dilakukan ibu tersebut?

"Kerana itu, kena ada ilmu. Apabila ada ilmu kita akan jadi celik minda dan akan reda menerima kurniaan ALLAH SWT," pada Wacana al-Quran bertajuk 'Permata Hatiku, Anak Syurga' surah al-Kahfi ayat 46 hingga 47 yang berlangsung di Kumpulan Karangkraf di sini semalam.

Turut menjadi panelis ialah Pengarah Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Norakyairee Mohd Raus.

Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail pula bertindak sebagai moderator, manakala qari jemputan, Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman memperdengarkan bacaan surah al- Kahfi ayat 46 hingga 47 dan surah-surah berkaitan.

Dari kiri: Fazrul, Roziyaton, Norakyairee dan Ahmad Tarmizi pada Wacana al-Quran bertajuk Permata Hatiku, Anak Syurga surah al-Kahfi ayat 46 hingga 47 yang diadakan di Kumpulan Karangkraf di sini semalam.
Dari kiri: Fazrul, Roziyaton, Norakyairee dan Ahmad Tarmizi pada Wacana al-Quran bertajuk Permata Hatiku, Anak Syurga surah al-Kahfi ayat 46 hingga 47 yang diadakan di Kumpulan Karangkraf di sini semalam.

Roziyaton berkata, selain mencari ilmu dan menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan, ibu bapa juga perlu berada dalam kelompok orang yang positif.

Sementara itu, Roziyation yang terlibat secara langsung dalam bidang anak-anak istimewa berkata, beliau berasakan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa kurang faham dan harus diberi kefahaman.

"Ibu dan bapa ini perlu diberi kaunseling. Ada ibu yang kata anak dia bagus sedikit daripada anak orang lain. Sedangkan anaknya sangat bagus dalam kerja lain, tetapi ibu bapa mahu anaknya itu fokus membaca sedangkan anaknya itu tidak boleh (membaca).

"Anak istimewa yang sudah remaja kita tidak boleh layan mereka seperti anak kecil. Saya perhatikan ada sesetengah ibu bapa selalu melihat apa yang anaknya tidak ada, sehingga terlupa apa yang anaknya ada. (Misalnya) anak rajin solat, ikut cakap dan penyayang, itulah kelebihannya," katanya.

Menurutnya, apabila permintaan ibu bapa itu terlalu tinggi sehingga menjadikan ia sebagai satu masalah, sekali gus kurang bersyukur dengan kurniaan ALLAH SWT.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!