Guna Shoppe, Lazada untuk promosi produk pelancongan di Melaka

 Muhammad Jailani
Muhammad Jailani
A
A
A

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka mengambil akan menggunakan platform e-dagang seperti Shoppe dan Lazada sebagai inisiatif bagi mempromosikan semua produk pelancongan di Melaka.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis (Bebas- Rembia) berkata, kerjasama yang terjalin antara dua syarikat tersebut merupakan strategi terbaharu bagi menggalakkan pelancong datang ke Melaka.

Beliau berkata, ia perlu ketika pasca pandemik Covid-19 ketika ini memandangkan syarikat Shoppe dan Lazada mempunyai rangkaian di seluruh dunia.

Menurutnya, kedua-dua syarikat itu telah menyatakan kesediaan untuk menjayakan promosi produk pelancongan melalui e-dagang yang akan membabitkan kira-kira 70 pengusaha dan penggiat industri tersebut.

"Malah mereka (peniaga dan penggiat pelancongan) telah diberi penerangan bagaimana perniagaan ini dapat didaftarkan melalui platform Shoppe dan Lazada yang sebelum ini tidak pernah dilakukan.

"Baru-baru ini juga kita membawa penggiat-penggiat untuk melihat sendiri Perkampungan Hang Tuah di mana ada aktiviti baharu. Jadi usaha menarik pelancong sentiasa berterusan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Amiruddin Yusof (BN-Ayer Limau) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di Ayer Keroh di sini hari ini.

Menjawab soalan tambahan Adly Zahari (Amanah-Bukit Katil) mengenai kemungkinan bayaran yang sedikit tinggi dihadapi pembeli melalui platform tersebut, Muhammad Jailani berkata, beliau yakin pengguna lebih bijak dan berfikiran kreatif.

Artikel Berkaitan:

Katanya, untuk mendapatkan perkhidmatan sehingga ke depan pintu rumah, sudah pasti ada kos yang perlu ditanggung.

"Suka atau tidak suka, perniagaan ini adalah perniagaan masa depan," katanya.