Isi borang sebelum pulang bercuti: Polis

No Image Caption
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Orang ramai diingatkan supaya mengisi borang balik kampung terlebih dahulu sebelum meninggalkan kediaman masing-masing sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, ia adalah bertujuan memastikan keselamatan kediaman serta mengelak kejadian jenayah pecah rumah di kediaman yang akan ditinggalkan.

"Orang ramai boleh mendapatkan borang maklumat balik kampung ini yang disediakan di balai-balai polis berhampiran.

"Selain itu, mereka boleh juga memuat turun borang tersebut melalui portal rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di pautan

http://www.rmp.gov.my/docs/default-source/default-document-library/borang-maklumat-balik-kampung.pdf?sfvrsn=8," katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Rahim berkata, selain itu, orang ramai boleh memuat turun borang berkenaan melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

"Bagi individu yang belum muat turun aplikasi VSP ini, mereka boleh muat turun di pautan https://itunes.apple.com/my/app/volunteer-smartphone-patrol-vsp/id1118234031?mt=8 bagi pengguna IOS.

"Manakala bagi pengguna android pula, mereka boleh memuat turun di https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.rv2&hl=en," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, kerjasama daripada orang ramai amat diperlukan bagi memudahkan pihaknya untuk mengetahui dan melakukan rondaan serta pemantauan secara berkala di kawasan perumahan yang akan ditinggalkan.