Pemandu cedera pacuan empat roda masuk parit

Seorang lelaki cedera selepas pacuan empat roda yang dipandunya terbabas sebelum masuk ke dalam parit berhampiran Restoran Habib, Jalan Padi Emas, Bandar Baru Uda pagi tadi.
Seorang lelaki cedera selepas pacuan empat roda yang dipandunya terbabas sebelum masuk ke dalam parit berhampiran Restoran Habib, Jalan Padi Emas, Bandar Baru Uda pagi tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas sebelum masuk ke dalam parit berhampiran Restoran Habib, Jalan Padi Emas, Bandar Baru Uda di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 8.47 pagi, kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu Mohd Fakhrudin Mustapa, 31, hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jambatan dan terjatuh ke dalam parit.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II, Nor Zait Iskandar Md Nor berkata, seramai 10 anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Menurutnya, pacuan empat roda tersebut jatuh dan terbalik ke dalam parit yang berkedalaman 20 meter.

"Mangsa yang mengalami kecederaan ringan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.

"Selain itu, terdapat seorang orang awam, Azhar Zainal Abidin, 34, cedera di tangan kerana terkena kaca ketika cuba membantu mangsa," katanya.

Katanya, mangsa dan orang awam yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

"Operasi tamat pada jam 9.10 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan: