IPD Penampang lupus 60 senjata api tidak dituntut

Mohd Haris menunjukkan salah satu senjata yang dilupuskan dalam Majlis Pelupusan Senjata Api Limbahan di IPD Penampang.
Mohd Haris menunjukkan salah satu senjata yang dilupuskan dalam Majlis Pelupusan Senjata Api Limbahan di IPD Penampang.
A
A
A

PENAMPANG - Sebanyak 60 daripada 91 laras senjata api yang disimpan di stor Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang akan dilupuskan selepas tidak dituntut sejak 15 tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, pelupusan dilakukan selepas senjata api itu disimpan di stor IPD Penampang melebihi tempoh masa yang dibenarkan iaitu selama enam bulan.

Menurutnya, 60 laras senjata api pelbagai jenis itu terdiri daripada 54 shotgun, empat rifle, satu spare gun dan satu revolver.

"Ada senjata yang disimpan di stor IPD Penampang ini sejak 2005 lagi dan ia melebihi tempoh yang dibenarkan kerana kita tidak mempunyai ruang yang cukup untuk menyimpan senjata ini.

"Notis awal sudah diserahkan menerusi program pertemuan dialog bersama pemilik senjata pada Mac lalu supaya ambil tindakan dalam tempoh tiga bulan untuk memproses pindah milik bagi waris mengambil senjata api ini, namun tiada sebarang tindakan diambil," katanya di sini hari ini.

Mohd Haris menunjukkan salah satu senjata yang dilupuskan dalam Majlis Pelupusan Senjata Api Limbahan di IPD Penampang.
Mohd Haris menunjukkan salah satu senjata yang dilupuskan dalam Majlis Pelupusan Senjata Api Limbahan di IPD Penampang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelupusan Senjata Api Limbahan IPD Penampang di sini hari ini.

Mohd Haris berkata, secara keseluruhannya pemilik tidak menuntut senjata ini kerana mereka dipercayai sudah tidak berminat untuk memilikinya.

Artikel Berkaitan:

"Kebanyakan pemilik senjata api ini adalah dari syarikat keselamatan dan juga pemilik lesen individu atau persendirian yang sudah tidak berminat untuk menyimpan senjata ini lagi," katanya.

Mohd Haris berkata, tindakan pelupusan itu diambil mengikut peraturan Seksyen 27(2) Akta Senjata 1960 iaitu pihak polis berhak melupuskan senjanya api sekiranya ia disimpan melebihi tempoh enam bulan tanpa sebarang permohonan tuntut waris atau pindah milik.

"Secara keseluruhannya terdapat sebanyak 91 senjata api yang disimpan di stor IPD Penampang ketika ini dan untuk fasa pertama, 60 laras kita lupuskan, manakala baki 31 lagi kita mohon pemilik ambil senjata ini untuk proses pindah milik," katanya.

Terdahulu, dalam majlis berasingan, Mohd Haris turut memaklumkan satu pondok bit PDRM disediakan di Baverly Plaza sebagai salah satu fasiliti bagi menunjukkan bahawa kehadiran polis di kawasan itu sekali gus mengurangkan kejadian jenayah di daerah ini.

"Hari ini kita menerima kunci daripada pengurusan Baverly Plaza dan pembinaan pondok bit ini adalah usaha yang baik daripada pihak pengurusan dalam menyediakan satu fasiliti kepada kita sekali gus menunjukkan kehadiran polis di kawasan itu.

"Ini adalah usaha untuk pencegahan jenayah yang kerap berlaku di kawasan itu dan diharap dengan kehadiran pondok bit serta anggota polis, kadar jenayah semakin berkurangan," katanya.