Kerajaan Perak masih tergantung

Ahmad Zahid selepas selesai mempersembahkan nama calon parti itu untuk jawatan Menteri Besar Perak kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta, semalam. -Foto Bernama
Ahmad Zahid selepas selesai mempersembahkan nama calon parti itu untuk jawatan Menteri Besar Perak kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta, semalam. -Foto Bernama
A
A
A

IPOH - Masuk hari keenam krisis politik Perak hari ini masih menyaksikan tiada parti atau gabungan parti yang memperoleh mandat bagi membentuk kerajaan baharu.

Majoriti mutlak yang memerlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi daripada keseluruhan 59 Dewan Undangan Negeri (DUN) belum dapat dicapai apabila kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH), masing-masing gagal meyakinkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Keadaan ini telah meletakkan pentadbiran Perak dalam situasi kerajaan tergantung dengan Belanjawan Negeri 2021 masih gagal dibentangkan.

Bermula krisis tercetus, Jumaat lalu, pemimpin-pemimpin utama parti negeri ini silih berganti menghadap baginda Sultan bagi menyembah maklum status rundingan yang sedang berlaku di pihak mereka.

Tiga pemimpin utama parti gabungan PH Perak iaitu DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diperkenan menghadap pada Sabtu disusuli Pengerusi UMNO Negeri, Datuk Saarani Mohamad.

ARTIKEL BERKAITAN:Pas arah ADUN menghadap Sultan Perak

Sultan Perak titah semua ADUN Bersatu, Pas menghadap

Perkembangan awal itu bagaimanapun tidak memberi sebarang kata putus terhadap usaha pembentukan kerajaan negeri.

Artikel Berkaitan:

Kehadiran Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadap Sultan Nazrin pada Ahad lepas memberi sedikit bayangan bahawa kemelut politik di negeri ini akan segera dimuktamadkan.

Namun, jajaran kerjasama diharapkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersama PN dan PH itu masih belum dapat meyakinkan Sultan Perak.

Masuk hari keenam krisis politik Perak hari ini masih menyaksikan tiada parti atau gabungan parti yang memperoleh mandat bagi membentuk kerajaan baharu.
Masuk hari keenam krisis politik Perak hari ini masih menyaksikan tiada parti atau gabungan parti yang memperoleh mandat bagi membentuk kerajaan baharu.

Semalam, keyakinan UMNO bahawa parti itu sudah memperoleh majoriti mencukupi untuk melantik Menteri Besar baharu juga tidak membawa kepada proses tubuh kerajaan.

Pendirian rakan komponen UMNO dalam PN iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas tidak dapat dibuktikan apabila tujuh daripada lapan wakil rakyat termasuk bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tidak hadir menghadap baginda Sultan sepertimana dijadualkan.

Sesi menghadap yang berakhir sekitar jam 4.30 petang itu turut dihadiri tiga Pengerusi parti komponen PH dan Pengerusi UMNO negeri yang sekali lagi diperkenan menghadap baginda Sultan.

Hasil pertemuan itu menyaksikan sehingga hari ini, belum ada mana-mana parti politik yang berjaya mencapai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baharu di Perak.