SPRM minta PBT lapor tawaran rasuah

Azam bersama Naib Presiden Jabatan Perkhidmatan Bandar Perbadanan Putrajaya, Datuk Azizi Ahmad Tarmizi pada sambutan HARA 2020 peringkat Perbadanan Putrajaya.
Azam bersama Naib Presiden Jabatan Perkhidmatan Bandar Perbadanan Putrajaya, Datuk Azizi Ahmad Tarmizi pada sambutan HARA 2020 peringkat Perbadanan Putrajaya.
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) melaporkan sebarang tawaran rasuah yang diterima kepada pihaknya.

Menerusi kenyataannya, SPRM berkata, tindakan itu bagi memastikan rasuah dapat ditangani secara menyeluruh dan berkesan.

Bersempena dengan sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) 2020 peringkat kebangsaan yang diraikan, SPRM menyasarkan penglibatan 153 PBT bagi menangani rasuah bersama.

Bersempena dengan sambutan itu juga, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki menyampaikan amanat berhubung kepentingan membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Selain program walkabout yang dijalankan secara serentak di seluruh negara melibatkan PBT dan masyarakat umum, turut diadakan ialah sesi dialog antara SPRM dan PBT serta sesi menandatangani Janji Warga PBT bagi membuktikan komitmen setiap warga PBT dalam memerangi jenayah rasuah.

HARA yang disambut 9 Disember ditetapkan tema United Against Corruption oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), namun mengambil kira situasi pandemik Covid-19, tema khusus yang diperkenalkan tahun ini adalah Recover with Integrity.

Artikel Berkaitan: