Kebenaran rentas negeri berdasarkan kajian: KKM

Kebenaran pergerakan rentas negeri dan daerah itu diputuskan berdasarkan kajian bagi mengimbangi keperluan ekonomi dan kesihatan rakyat di negara ini. Gambar hiasan.
Kebenaran pergerakan rentas negeri dan daerah itu diputuskan berdasarkan kajian bagi mengimbangi keperluan ekonomi dan kesihatan rakyat di negara ini. Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tetap komited untuk melaksanakan pencegahan Covid-19 meskipun ada kelonggaran dibuat termasuk kebenaran rentas negeri dan daerah mulai Isnin lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, ini kerana kebenaran untuk pergerakan rentas negeri dan daerah itu diputuskan berdasarkan kajian bagi mengimbangi keperluan ekonomi dan kesihatan rakyat di negara ini.

"Kerajaan sentiasa berusaha meredakan masalah Covid-19 dihadapi negara dan beberapa langkah diambil bagi mengimbangi keperluan menjaga kesihatan dan ekonomi, antaranya kebenaran merentas negeri dan daerah.

"Walaupun kes Covid-19 dilihat meningkat, keputusan ini buat berdasarkan kajian yang dilakukan," katanya ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ma'mun Sulaiman (Warisan-Kalabakan) berhubung sama ada KKM bersetuju dengan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) kebenaran merentas negeri dan daerah walaupun peningkatan kes Covid-19 masih membimbangkan ketika ini.

Katanya, KKM sentiasa fokus dan tetap berusaha untuk memutuskan rantaian jangkitan pandemik itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Orang ramai lega boleh rentas negeri dan daerah

PKPB: Tiada lagi sekatan rentas daerah, negeri bermula Isnin ini

Artikel Berkaitan: