Jokowi lancar serangan politik

Jokowi
A
A

JAKARTA - INDONESIA. Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi melancarkan serangan politik terhadap pesaingnya dalam Pilihan Raya Presiden (Pilpres), Prabowo Subianto menjelang sesi debat kedua tidak lama lagi.

Semalam, Jokowi menerusi ucapannya bertindak mengkritik Prabowo yang mendakwa Indonesia boleh 'pupus' selepas beliau mendakwa pesaingnya menggunakan perunding asing sebagai persediaan untuk pemilihan tersebut.

Presiden terbabit juga mempertahankan Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati selepas Prabowo menggelarnya sebagai 'menteri percetakan hutang' berkaitan peningkatan hutang kerajaan malah Jokowi turut menyelar bekas jeneral tentera itu kerana tidak memahami isu makroekonomi.

"Bagaimana saya boleh berdiam diri dan terus bersabar? Saya juga boleh 'bermain kasar' sekali sekala," katanya.

Ketika kempen di Semarang, Jokowi menegaskan beliau hanya menyampaikan data dan fakta dalam kenyataannya.

"Apa yang penting, kami tak berbohong," katanya merujuk kepada penyokong Prabowo yang terpedaya dengan maklumat salah disebarkannya. Sejak beberapa bulan lalu, Jokowi turut mendakwa Prabowo bergabung dengan Parti Komunis Indonesia (PKI), khabar angin yang telah bermula sejak kempen Pilpres 2014. - Jakarta Post