Untung bersih MBSB RM258.24 juta

No Image Caption
A
A
A

KEUNTUNGAN bersih Malaysia Building Society Bhd (MBSB) meningkat kepada RM258.24 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2020 daripada RM170.16 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ahmad Zaini Othman berkata, prestasi kukuh itu disumbangkan peningkatan nisbah kos kepada pendapatan iaitu 25 peratus pada suku ketiga tahun kewangan 2020 daripada 22.6 peratus pada suku ketiga 2019, berikutan perbelanjaan organisasi lebih tinggi.

Setakat ini, katanya, perolehan syarikat itu turut meningkat sebanyak RM165.47 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas terutamanya disumbangkan oleh pendapatan lebih tinggi daripada aktiviti pelaburan dan perbendaharaan berjumlah RM183.54 juta.

Mengenai unjuran pada tahun depan, beliau berkata, bank itu mengakui sentimen berhati-hati segmen runcit dan korporat akibat ketidaktentuan ekonomi.

Artikel Berkaitan: