Malaysia perlu ada keupayaan bangunkan vaksin sendiri

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia perlu mempunyai keupayaan membangunkan vaksin sendiri pada masa depan bagi mengelakkan negara terpaksa bergantung kepada pihak luar sekiranya berlaku wabak baharu.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Sazaly Abu Bakar berkata, negara mempunyai ramai pakar dalam membangunkan penyelidikan mengenai vaksin tetapi terbantut oleh kekangan teknologi dan kos yang tinggi.

Menurutnya, vaksin Covid-19 sebagai contoh, kini boleh dibangunkan dalam masa tidak sampai setahun dengan menggunakan teknologi terkini berbanding teknologi lama yang memakan masa lapan hingga 15 tahun.

“Kos membangunkan vaksin dengan menggunakan teknologi terkini adalah tinggi dan sekiranya mahu berkecimpung (dalam penghasilan vaksin) kita terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk tujuan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara bertajuk ‘Inovasi Vaksin Pandemik’ terbitan Bernama TV malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Vaksin Covid-19 percuma kepada rakyat Malaysia: PM

Malaysia tidak terjejas dalam isu pembekalan dos vaksin Covid-19

Vaksin: Malaysia perlu bayar pendahuluan RM94.08 juta

Artikel Berkaitan: