Jenama Malaysia disangka produk import

A
A
A

Sebenarnya banyak juga produk milik anak Malaysia yang menggunakan jenama seakan-akan jenama antarabangsa. Sehinggakan kita sendiri menyangka ia adalah produk atau perkhidmatan dari luar negara.

Jom kita soroti antara jenama yang menggunakan nama ‘orang putih’ tetapi ia adalah produk tempatan yang sudah menembusi pasaran antarabangsa.

1. Shangri-La Hotels and Resort

No Image Caption

Apabila kita menyebut atau mendengar nama Shangri-La pastinya dalam kepala ia dalam jenama hotel milik orang asing. Namun sebenarnya rangkaian Shangri-La Hotels and Resort adalah jenama yang bina rakyat tempatan iaitu hartawan Malaysia, Tan Sri Robert Kuok pada tahun 1971.

Biarpun hotel pertama syarikat ini mula beroperasi di Singapura pada tahun 1971, tetapi ia membawa makna besar dalam industry perhotelan tempatan dan antarabangsa. Menurut maklumat, nama Shangri-La diambil bersempena sebuah tempat mistik melalui sebuah novel iaitu Lost Horizon (oleh penulis British bernama James Hilton).

Sehingga hari ini Shangri-La Hotels and Resort ini mempunyai rangkaian hotel mewah di Asia, Timur Tengah, Kanada dan Eropah.

Artikel Berkaitan:

2. The Manhattan Fish Market

No Image Caption

Kalau diikutkan daripada nama Manhattan itu pastinya kita ingat jenama restoran berkenaan berasal dari New York, Amerika Syarikat.

Restoran yang diinspirasikan dari sebuah restoran Fulton Fish Market berusia 180 tahun di Brooklyn sebenarnya diasaskan oleh dua sahabat baik iaitu George Ang dan Dr Jeffrey Goh yang memiliki jati diri Malaysia.

Pertama kali dilancarkan di Singapura pada tahun 2008, restoran mereka mendapat respons yang baik dari pelanggan.

Restoran rangkaian makanan laut ini berjaya berkembang di Asia dan Timur dengan jumlah restoran sebanyak 67 buah.

Kini restoran ini beroperasi di negara seperti Qatar, Oman, Bangladesh, Jepun, Sri Lanka, India dan juga Myanmar.

3. Ogawa

No Image Caption

Bila sebut jenamanya sahaja sudah tentu orang ingat Ogawa adalah jenama dari Jepun. Tetapi hakikatnya produk mesin urut ini dimiliki oleh rakyat Malaysia iaitu Wong Lee Keong dan Lim Poh Kian.

Ogawa merupakan jenama kesihatan yang ditubuhkan pada tahun 1996 dan telah berkembang menjadi peneraju utama dalam industri reka bentuk, pembangunan serta pemasaran kesihatan individu serta mesin kesihatan di Malaysia.

Mari kita belajar sendiri tentang maksud perkataan Ogawa. Ogawa dalama bahasa Jepun membawa maksud aliran iaitu aliran darah dalam badan yang perlu dilancarkan bagi kesihatan yang baik.

4. British India

No Image Caption

Jenama pakaian mewah ini sebenarnya sudah lama dianggap sebagai jenama import oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Mana tidaknya, dua perkatan ‘British’ dan ‘India’ itu cukup untuk membuatkan kita menyangka ia adalah jenama fesyen antarabangsa.

Ini adalah fakta sebenarnya; British India diasaskan pada tahun 1994 oleh Pat Liew. Beliau seorang yang pengalaman luas atau ‘otai; dalam industri peruncitan selama lebih 35 tahun.

Kini, British India menjadi jenama eksklusif dengan lebih 40 outlet di beberapa negara termasuklah Malaysia, Singapura, Thailand dan juga Filipina.

5. Padini

No Image Caption

Jangan ingat Padini ini adalah jenama fesyen dari Itali tau. Namanya sahaja ala-ala perkataan dari negara fesyen dunia itu namun realitinya Padini dibina oleh anak Malaysia

Padini mula beroperasi sebagai Hwayo Garments Manufacturers Company pada tahun 1971, dengan kepakaran dalam menghasilkan pakaian dan menjual secara wholesale.

Terdapat beberapa jenama lain yang bernaung di bawah Padini seperti VINCCI, MIKI, SEED dan beberapa lagi.

Selain Malaysia, Padini turut mengeksport produk mereka ke pasaran luar negara seperti Thailand and Timur Tengah.

Padini Holdings kini bernilai RM2.2 bilion, menjadikan syarikat ini syarikat fesyen terbesar di Malaysia.

6. Secret Recipe

No Image Caption

Jenama kafe Secret Recipe sebenarnya sudah setaraf dengan rangkaian kafe milik antarbangsa yang lain seperti Coffee Beans & Tea Leafs atau Starbucks.

Kita pastinya terkejut dan berbangga apabila mengetahui jenama Secret Recipe ini dibangunkan oleh rakyat Malaysia iaitu Datuk Steven Sim. Usahawan terkenal berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini membuka outlet pertama Secret Recipe di SS2, Petaling Jaya pada tahun 1997.

Kini, setelah lebih 20 tahun beroperasi, Secret Recipe mempunyai lebih 440 buah kafe di beberapa negara termasuklah Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei dan banyak lagi. India dan New Zealand menjadi negara seterusnya bagi cawangan baru Secret Recipe.

7. Mamee

No Image Caption

Siapa tak kenal snek jenama Mamee? Tapi jangan keliru, Mamee bukan produk luar negara tau. Syarikat ini sebenarnya diasaskan oleh Datuk Pang Chin Hin pada tahun 1971.

Setelah lebih 46 tahun menjadi jenama makanan segera, MAMEE berkembang dengan pantas. Mamee telah diperbadankan pada 3 Ogos 1991 dan disenaraikan di papan utama Kuala Lumpur Stock Exchange (KLSE) pada 18 Mac 1992.

Antara produk lain MAMEE termasuklah Mister Potato yang menjadi pilihan pengguna sejak 1992 dan menjadi produk kentang nombor 1 di negara ini menurut AC Neilsen.

Kini, MAMEE menjadi pengilang antarabangsa yang diiktiraf dengan lebih 50 produk di bawah 10 jenama di seluruh dunia.

#kempenbelibaranganmalaysia

#barangbaikbarangkita

#belanjauntukmalaysia

#Kpdnhep