Yang memberi dan menerima

Orang yang terlibat dengan rasuah perlu dipandang rendah oleh masyarakat.
Orang yang terlibat dengan rasuah perlu dipandang rendah oleh masyarakat.
A
A
A

BERCAKAP pasal kes mahkamah, riuh rendahlah negara baru-baru ini apabila seorang bekas Menteri ‘dilepas tanpa dibebaskan’ daripada tuduhan menerima rasuah RM1 juta.

Bagi Awang yang bukan peguam, memang susah nak faham bagaimana hal itu terjadi. Mungkin ada hal teknikal yang orang macam Awang tak faham.

Yang peliknya orang yang memberi rasuah dah mengaku salah dan didenda RM1.5 juta. Awang tak hairan kalau rakyat terkejut dan marah.

Banyak orang rasa sedih sebab nilai masyarakat kita hari ini dah berubah banyak sangat. Kalau dulu orang yang dituduh rasuah dipandang rendah oleh masyarakat.

Hari ini orang yang dah sabit kesalahan rasuah pun masih disanjung tinggi. Ada pula yang dituduh dengan puluhan kes masih pimpin parti besar dalam negara.

Awang percaya SPRM takkan patah hati dengan apa yang berlaku. Mereka kerja keras nak bawa orang yang disyaki ke muka pengadilan.

Terserahlah pada pejabat Peguam Negara untuk bawa kes yang padat ke mahkamah. Orang pun sedang perhatikan Jabatan Peguam Negara.

Macam-macam juga Awang dengar di luar sana bahawa dalam situasi sekarang macam-macam boleh berlaku. Maklum, ada kompromi sana sini, ada tarik tali sana sini, moga semua itu andaian sahaja.

Artikel Berkaitan:

Awang cuma berharap dalam perang melawan rasuah semua agensi yang berkenaan jangan gentar. Rakyat di belakang mereka.