Cari tiram musim tengkujuh demi keluarga

Mat Robi membantu isterinya, Roslina membersihkan tiram dan mengeluarkan isi tiram di rumahnya di Kampung Lapang Pari.
Mat Robi membantu isterinya, Roslina membersihkan tiram dan mengeluarkan isi tiram di rumahnya di Kampung Lapang Pari.
A
A
A

KOTA BHARU-Tidak dapat mewarna batik di musim tengkujuh, sepasang suami isteri menjadikan kerja mencari tiram di dasar sungai sebagai ganti untuk menambah pendapatan harian demi kehidupan keluarga mereka sembilan beranak.

Seawal jam 9 pagi, Roslina Zakaria, 43, dan suaminya Mat Robi Omar, 49, juga orang kurang upaya (OKU) ditemani anak lelaki Mohd Syukri, 14, yang mengemudi bot fiber menyelusuri sungai di Kampung Lapang Pari, Pengkalan Chepa turun mencari lubuk rezeki.

Roslina berkata, kadang-kadang mereka terpaksa turun mencari sekali lagi pada sebelah petang sekiranya hasil yang diperoleh pada sebelah pagi amat sedikit kerana perlukan sekurang-kurangnya lima hingga enam kilogram sehari untuk dijual.

Roslina berkata, jika sebelum ini dia mengambil upah mewarna batik tetapi disebabkan musim tengkujuh pekerjaan hariannya itu tidak boleh dilakukan kerana ia boleh merosakkan kain.

Meskipun musim tengkujuh Roslina tetap memberanikan diri mencari tiram di dasar sungai demi kehidupan mereka sekeluarga.
Meskipun musim tengkujuh Roslina tetap memberanikan diri mencari tiram di dasar sungai demi kehidupan mereka sekeluarga.

“Kami tahu, musim tengkujuh air pasang, arus deras dan dalam, tapi demi rezeki kami sekeluarga tidak mengapalah berendam dalam air untuk seketika. Kadang-kadang takut juga, kami tak duduk lamalah. Ikat besen kuat-kuat ditubuh takut besen hanyut.

“Nak buat kerja lain dah tak pandai, jadi kami terpaksalah turun ke sungai cari tiram di samping berjimat cermat menggunakan elaun RM400 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Roslina juga memberitahu, berbekalkan dua atau tiga besen yang besar, dia bersama suaminya akan menggunakan parang dan bersarung tangan mencari tiram di dasar sungai.

Artikel Berkaitan:

“Musim hujan ini memang sejuk tak boleh duduk lama-lama. Tangan pun kecut dan tak sah kalau tak luka. Tapi bila fikirkan hasilnya kami menjadi semangat sebab setiap hari akan ada pemborong yang datang membeli dengan kami.

“Sebelum ini pun pada musim kemarau kami buat kerja sama cari tiram juga. Tapi bila dah tak boleh warna batik lebih keraplah kami masuk sungai,” katanya.

Tambahnya, setelah dibersihkan dan mengambil isinya, tiram yang diperoleh sekitar enam hingga sembilan kilogram sehari itu akan dijual kepada pemborong dengan harga RM10 satu kilogram.

Mat Robi pun turut berendam di dalam sungai mencari tiram.
Mat Robi pun turut berendam di dalam sungai mencari tiram.

“Kalau nak lebih kami hantar ke kedai makan sendiri. Bolehlah dapat lebih sikit. Kami boleh jual sehingga RM15 untuk satu kilogram,” katanya.

Sementara itu, Mat Robi berkata, dia tidak malu turun ke sungai bersama isteri mencari tiram kerana itulah yang mampu dilakukan setakat ini dek kerana kesihatannya tidak mengizinkan.

“Sebelah kaki saya dipasangkan besi sejak lima tahun lalu akibat kemalangan. Jadi saya tidak boleh buat kerja berat. Inilah yang mampu saya buat demi keluarga saya,” katanya.