Dirogol kenalan Wechat

BENG YEOW
BENG YEOW
A
A
A

KULAI - Seorang wanita berusia 29 tahun menjadi mangsa rogol kenalan di aplikasi Wechat dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Muhibah Saleng, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, susulan daripada laporan polis yang dibuat mangsa, enam lelaki tempatan berusia 18 hingga 25 tahun ditahan di Taman Muhibah dan Terminal Bas Kulai.

Menurutnya, berdasarkan keterangan, mangsa mengenali salah seorang daripada suspek melalui aplikasi WeChat pada bulan lepas.

"Mangsa telah diajak keluar oleh suspek dan dibawa ke sebuah rumah di Taman Muhibah sebelum dirogol secara bergilir-gilir tanpa kerelaannya oleh kesemua suspek yang berada di dalam rumah tersebut," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut Beng Yeow berkata, kesemua suspek ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Kulai manakala pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor turut hadir ke lokasi tempat kejadian bagi membantu siasatan.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek negatif daripada penyalahgunaan dadah.

"Kesemua suspek direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 13 Disember bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: