X

Kindly register in order to view this article
!

Identiti mayat ditemui tergantung dalam rumah kosong dikenal pasti

Laporan Sinar harian semalam.
A
A

GOMBAK - Identiti mayat lelaki yang ditemui tergantung di dalam sebuah rumah kosong di hutan Gombak Tengah Tambahan, Kilometer 10, di sini semalam telah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, mayat tersebut adalah seorang warganegara Malaysia berumur 43 tahun yang beralamat di Taman Wilayah, Batu Caves.

"Waris si mati telah dikenal pasti dan kini usaha mengesannya sedang dilakukan.

"Hasil bedah siasat juga telah selesai dilakukan. Punca kematiannya adalah konsisten dengan gantung diri (consistent with hanging). Anggaran hari kematiannya melebihi dua minggu," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Semalam, Sinar Harian melaporkan mayat seorang lelaki lengkap berpakaian dengan seluar jeans biru dan berbaju belang coklat putih ditemui di rumah terbiar tersebut.

Mayat ditemui dalam keadaan bahagian tengkorak kepalanya berada di lantai sementara bahagian badan masih tergantung dengan tali yang diikat pada kayu bumbung rumah tersebut.

Mengulas lanjut Arifai berkata, siasatan awal berhubung kejadian tersebut dipercayai kes bunuh diri.

Katanya lagi, tiada laporan polis berhubung kes hilang mahupun culik melibatkan individu tersebut.

"Semakan turut mendapati mangsa mempunyai beberapa rekod jenayah dan dadah," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!