X

Kindly register in order to view this article
!

Pemain England diharap kekal berdisiplin

Southgate ketika meraikan kemenangan mereka ketika memenangi perlawanan menentang Croatia ketika Liga Negara UEFA pada November 2018 lalu.
A
A

PENGENDALI England, Gareth Southgate mengharapkan agar kesebelasan skuad The Three Lions itu dapat mengekalkan tahap disiplin yang tinggi selain menjadi individu yang boleh dipercayai.

Katanya, kedua-dua elemen berkenaan dilihat penting kerana kesebelasan pemain bukan sahaja beraksi mewakili negara, namun secara tidak langsung turut menjadi ‘duta’ penting bagi negara.

“Saya telah sebutkan sebelum ini mengenai tanggungjawab yang perlu digalas oleh pemain selaku pemain kebangsaan England.

“Apa yang kita mahukan adalah supaya pasukan ini ada memiliki hubungan dengan negara dan supaya negara berbangga dengan pasukan ini.

“Kita juga akan sentiasa memantau perkembangan pemain-pemain ini khususnya dari segi profesionalisme masing-masing kerana mereka mungkin berada bersama kita dalam tempoh 35 hingga 40 hari khususnya bagi perlawanan-perlawanan di luar negara,” katanya.

Terdahulu beberapa pemain England seperti Harry Maguire, Phil Foden dan Mason Greenwood telah terlibat dalam insiden berprofil tinggi dalam tempoh beberapa bulan sejak kebelakangan ini yang turut menyaksikan pemain-pemain berkenaan digugurkan.

Foden dan Greenwood didapati telah bersosial ketika menginap di sebuah hotel di Iceland manakala Maguire pula dalam tempoh rayuan terhadap hukuman penjara setelah terlibat dengan insiden serangan selain cuba melakukan rasuah.

Sementara itu Southgate berkata, kesemua pemain kebangsaan England perlu memahami status masing-masing selaku ikon (role model) yang boleh dicontohi oleh pemain-pemain bola sepak di seluruh dunia.

Katanya, selain mengekalkan aksi konsisten, pihaknya turut berharap agar kesebelaan skuad The Three Lions itu dapat mengekalkan tahap disiplin yang tinggi

“Kesebelasan pemain juga diharap dapat menjadi ‘duta’ yang baik selain menjadi individu yang boleh dipercayai oleh semua pihak,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!