Wanita Vietnam ditahan rasuah polis RM29,600

Seorang wanita warganegara Vietnam ditahan kerana disyaki memberi rasuah RM29,600 kepada seorang anggota polis.
Seorang wanita warganegara Vietnam ditahan kerana disyaki memberi rasuah RM29,600 kepada seorang anggota polis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang wanita warganegara Vietnam ditahan kerana disyaki memberi rasuah RM29,600 kepada seorang anggota polis supaya melepaskan rakannya yang ditahan atas kesalahan memiliki minuman keras yang tidak bercukai.

Suspek yang berusia 25 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor pagi tadi bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Menurut kenyataan dikeluarkan SPRM, siasatan yang dijalankan mendapati suspek telah memberi rasuah kepada pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan.

Rasuah sebanyak RM29,600 itu diberikan sebagai balasan untuk melepaskan rakannya yang ditahan oleh pihak polis kerana kesalahan memiliki minuman keras yang tidak bercukai iaitu dibawah kesalahan di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1962.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Artikel Berkaitan: