Mayat Loqman ditemukan terapung pagi tadi

Mayat mangsa dibawa naik ke tebing untuk dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.
Mayat mangsa dibawa naik ke tebing untuk dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.
A
A
A

TEMERLOH - Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas sejak 12 hari lalu selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang ditemukan terapung di tepi sungai Jeti Taman Lesung, Batu Papan dekat Bera pagi tadi.

Mayat Loqman Hamka, 20, ditemukan penduduk kampung yang keluar memancing kira-kira jam 7.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner, Mohd Yusri Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki pada jam 8.10 pagi mengenai penemuan mayat mangsa.

Menurutnya, mangsa yang lengkap berpakaian baju hitam dan berseluar pendek ditemui dalam keadaan terapung.

"Jarak mayat mangsa ditemui kira-kira 32 kilometer (km) dari tempat mangsa dilaporkan jatuh.

"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda dikhuatiri lemas dipercayai terjatuh dalam Sungai Pahang

Operasi cari Loqman diteruskan

Artikel Berkaitan:

Agong tinjau operasi SAR

Sebelum ini, mangsa yang keluar dari rumahnya kira-kira jam 9.30 pagi untuk melihat rawai ikan di sangkar ikan patin milik keluarganya dekat Kampung Kuala Kujan, Jalan Triang di sini dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Pahang pada 27 November lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Dah 10 hari, Loqman belum ditemui'

'Anak saya masih di kawasan tempat dia jatuh'

Keluarga lega jasad Loqman ditemui