X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 28 November 2021

Keluarga lega jasad Loqman ditemui

Anggota berkuasa mengangkat mayat mangsa lemas yang ditemui pagi tadi. Gambar kecil: Loqman Hamka
A
A

TEMERLOH - Keluarga mangsa lemas, Loqman Hamka, 20, melahirkan rasa syukur apabila jasad lelaki berkenaan yang hilang sejak dua minggu lalu selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang ditemui pagi tadi.

Abang mangsa, Mohd Syahir, 39, berkata, penemuan mayat adik bongsu daripada empat beradik itu juga mengakhiri penantian keluarganya.

"Sedih memang sedih, namun hasrat dan harapan kami sekeluarga menemui adik dalam apa jua keadaan tercapai," katanya yang reda dengan pemergian Loqman.

Difahamkan mayat Loqman ditemukan oleh penduduk kampung yang keluar memancing dekat Batu Papan, Bera kira-kira jam 7.45 pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda dikhuatiri lemas dipercayai terjatuh dalam Sungai Pahang

Operasi cari Loqman diteruskan

Agong tinjau operasi SAR

'Dah 10 hari, Loqman belum ditemui'

Mohd Syahir berkata, beliau sekeluarga juga berterima kasih kepada semua pihak berkuasa yang berusaha sepanjang operasi mencari dan menyelamat adiknya dalam tempoh tersebut.

"Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung dan sukarelawan yang banyak membantu dalam operasi tersebut," katanya.

Katanya, jenazah adiknya itu akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kampung Buntut Pulau di sini hari ini.

Sebelum ini, mangsa yang keluar dari rumahnya kira-kira jam 9.30 pagi untuk melihat rawai ikan di sangkar ikan patin milik keluarganya dekat Kampung Kuala Kujan, Jalan Triang di sini dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Pahang pada 27 November lalu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!