Gadis cari bapa jadi wali nikah

Juhari Che Ngah
Juhari Che Ngah
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang gadis memohon bantuan orang ramai mengesan bapa kandungnya untuk menjadi wali pada majlis perkahwinanya yang dijadualkan berlangsung pada Februari nanti.

Nur Alissa Umairah Juhari, 22, dari Kampung Pulau Kambing di sini berharap bapanya, Juhari Che Ngah, 60, dapat ditemui segera agar majlis pernikahannya dengan jejaka pilihan berjalan lancar.

Menurut Nur Alissa Umairah, dia sekeluarga tidak tahu di mana Juhari berada sekarang selepas meninggalkan ibunya kira-kira 10 tahun lepas.

“Kali terakhir saya jumpa ayah ketika berumur 12 tahun, selepas ayah pergi kami terputus hubungan kerana dia tidak pernah pulang atau hubungi kami.

“Saya ada pergi ke Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) bagi mengesan alamat terkini ayah tapi dimaklumkan ayah masih menggunakan alamat rumah nenek di Pulau Kambing.

“Kami sekeluarga cuba hubungi telefon bimbitnya tapi nombor itu sudah tidak digunakan lagi, saya kini buntu untuk mencari ayah sedangkan tarikh perkahwinan semakin dekat,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Sehubungan itu, Nur Alissa Umairah berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Juhari dapat menghubunginya di talian 011-11923477.

“Saya harap supaya dapat temui ayah dan menjadi wali pernikahan saya,” katanya.

Artikel Berkaitan: