Covid-19: Rakyat Malaysia antara 13 kes import di Singapura

Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan satu daripada 13 kes import yang diumum semalam melibatkan seorang rakyat Malaysia berusia 45 tahun.
Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan satu daripada 13 kes import yang diumum semalam melibatkan seorang rakyat Malaysia berusia 45 tahun.
A
A
A

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan satu daripada 13 kes import yang diumum semalam melibatkan seorang rakyat Malaysia berusia 45 tahun.

Dilabelkan sebagai kes 58,490, pemegang permit kerja yang tiba dari Malaysia itu telah diberikan notis duduk di rumah (SHN), demikian menurut MOH dalam data penuh yang dikeluarkan malam tadi.

Kementerian itu memaklumkan lelaki berkenaan dan 11 lagi kes import didapati tidak bergejala dan dikesan daripada pengawasan dan saringan proaktif.

Kes import yang bergejala pula membabitkan seorang lelaki Singapura berusia 38 tahun yang pulang dari Indonesia.

Setakat tengah hari semalam, republik itu melaporkan 13 kes baharu dengan tiada kes penularan tempatan menjadikan jumlah jangkitan kepada 58,273 kes.

Kira-kira 99 peratus atau 58,168 kes telah sembuh sepenuhnya, manakala 28 kes masih berada di hospital dan tiada yang dirawat di unit rawatan rapi.

Sementara itu, 48 pesakit yang mempunyai gejala ringan atau secara klinikal sihat, tetapi diuji positif Covid-19 telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.

Sehingga kini, 29 orang maut akibat komplikasi daripada jangkitan Covid-19 dengan kematian terakhir dilaporkan pada 28 November dan dua kematian pertama di republik ini pada 21 Mac lepas.

Artikel Berkaitan:

Singapura telah menamatkan kluster koronavirus terakhir, asrama pekerja asing pada 25 November. - Bernama