Bukan sebab sendu atau kecewa: Altimet

Penyanyi, Altimet
Penyanyi, Altimet
A
A
A
PENYANYI rap terkenal, Altimet, 40, menyifatkan pengundurannya dari bidang muzik selepas sedekad sebagai penyanyi ibarat menghabiskan larian marathon.

Meski ada yang menganggap tindakannya itu drastik, namun bagi Ahmad Abdul Rahman dia sudah puas menikmati karier seni suara.

"Masyarakat kita bila bercakap fasal bersara mereka fikir sebab sudah berusia, penat, kecewa dan kebuntuan idea serta sendu.

"Tetapi tidak ada satu pun faktor yang disebut ini punca saya berhenti menyanyi. Sebaliknya, saya memang sudah nekad.

"Justeru saya nak keluar dengan cara penuh berinspirasi," katanya.

Altimet yang ditemui ketika majlis pengumuman dan pelancaran album terakhir berjudul 'O' ini bagaimanapun memberitahu, hari keramatnya membuat persembahan terakhir akan diadakan pada Februari 2019.

No Image Caption



[ARTIKEL BERKAITAN: Orang lain akan menyanyi di AJL33: Altimet]

"Selepas album terakhir ini tidak akan ada lagi persembahan melainkan satu konsert akhir tahun depan yang akan diberitahu kelak.

Artikel Berkaitan:


"Buat masa ini saya akan berehat sebulan dulu," ujarnya.

Terus ditanya mengenai siapakah gerangan penyanyi yang layak untuk mempersembahkan lagunya berjudul Bunga di pentas AJL33 nanti, Altimet mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan.

"Saya cuma boleh cakap saya percaya pada bakat besar penyanyi itu dan tunggu sahaja iklan promo di televisyen nanti," jelasnya ringkas.

Dalam perancangan masa hadapan, Altimet masih meneruskan penulisan lirik dan lagu untuk penyanyi lain serta membuka bisnes aplikasi mengaji.