Pendirian Pas Perak selari dengan Pas Pusat

Pas
Pas
A
A
A

IPOH - Pas Perak akan menuruti keputusan Pas Pusat mengenai pembentukan kerajaan negeri baharu.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, pendirian pihaknya adalah selari dengan apa yang diputuskan oleh Pas Pusat.

“Mengambil kira kemelut politik yang berlaku dalam pembentukan kerajaan negeri ketika ini, Pas Perak menyerahkan serta menuruti segala maklum balas yang akan dikeluarkan oleh pihak Pas Pusat.

“Justeru, segala pendirian rasmi daripada Pas Perak berkaitan pembentukan kerajaan negeri adalah selari dengan apa yang diputuskan oleh Pas Pusat.

ARTIKEL BERKAITAN: Pas Perak tunggu keputusan Pusat

“Pas Perak mendoakan semoga negeri ini terus sejahtera dan rakyat kekal aman dan diberkati,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sabtu lalu, Pas Perak akan menunggu arahan dan keputusan Pas Pusat mengenai pembentukan kerajaan negeri.

Razman berkata, Pas kekal dengan keputusan mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak yang dibentuk sebelum ini selain masih mengekalkan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO.

Artikel Berkaitan:

Kemelut politik itu berlaku selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan dalam usul keyakinan ahli Dewan terhadap Menteri Besar dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Jumaat lalu apabila hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 menolak manakala satu berkecuali.