Lelaki ditemui tergantung pada pagar besi

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat. (Kabel yang melilit leher mangsa.)
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat. (Kabel yang melilit leher mangsa.)
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tergantung pada pagar besi di tangki air Taman Lukut Makmur di sini pada jam 9.20 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mayat lelaki berusia 38 tahun ditemui adiknya sebelum menghubungi polis.

Menurutnya, polis yang menerima maklumat telah ke lokasi berkenaan dan menemui mangsa dalam keadaan tergantung pada pagar besi tangki air dengan leher dililit kabel.

"Waris mangsa memberitahu, mangsa sebelum itu telah keluar rumah seorang diri pada jam 3 petang.

"Warisnya cuba menghubungi telefon mangsa beberapa kali petang semalam, namun tidak berjawab sebelum pergi mencarinya di lokasi," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan, namun hasil soal siasat didapati mangsa tiada musuh atau berhutang.

"Pemeriksaan pada tubuh mangsa juga mendapati tiada sebarang unsur perlakuan jenayah atau kecederaan.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson dan bedah siasat yang akan dibuat pada jam 10 pagi ini bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat.