Pencemaran air: 4 LRA Selangor beroperasi semula

Air Selangor memuat naik status di Facebook Air Selangor pagi tadi.
Air Selangor memuat naik status di Facebook Air Selangor pagi tadi.
A
A
A

SABAK BERNAM - Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, dan LRA Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, 2 dan 3 di sini, yang dihenti tugas berikutan pencemaran sumber air mentah sudah beroperasi semula.

Menerusi kenyataan dimuat naik di Facebook Air Selangor memaklumkan, LRA Rantau Panjang telah mula beroperasi semula jam 3.30 pagi tadi.

Kenyataan itu turut memberitahu, LRA SSP 1, 2 dan 3 pula pada jam 5.00 pagi tadi selepas bacaan bau 0 TON direkodkan.

"Maklumat bekalan air boleh didapati di semua saluran komunikasi Air Selangor dari semasa ke semasa," katanya.

Terdahulu, Air Selangor menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, LRA Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas pada jam 11.30 malam tadi, manakala LRA SSP 1, 2 dan 3 pada jam 1 pagi tadi disebabkan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.

Henti tugas itu menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 1, 274 kawasan di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Artikel Berkaitan: