Bersatu kesal UMNO tidak sokong usul undi percaya MB Perak

Datuk Seri Hamzah Zainudin
Datuk Seri Hamzah Zainudin
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kesal terhadap UMNO apabila tidak menyokong undi percaya Menteri Besar Perak pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini walaupun usul berkenaan dikemukakan oleh parti itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu dijelaskan dalam mesyuarat MPT yang dipengerusikan oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap Menteri Besar Perak diusulkan oleh UMNO, tetapi tidak disokong oleh mereka dan Pakatan Harapan (PH) dalam Sidang DUN Perak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, MPT Bersatu bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama antara Bersatu dan Pas melalui Perikatan Nasional (PN) untuk mengekalkan kestabilan politik di peringkat nasional dan negeri.

"Semua keputusan yang bakal diambil Bersatu berkaitan penubuhan Kerajaan Negeri Perak yang baharu akan mengambil kira ketetapan bersama rakan-rakan PN, terutamanya Pas," katanya.

Mesyuarat MPT Bersatu yang dipengerusikan Muhyiddin hari ini turut membincangkan hala tuju parti berkenaan berdasarkan situasi politik semasa.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Ada pihak pujuk ADUN tolak undi percaya MB Perak'

MB Perak hilang sokongan majoriti

Artikel Berkaitan: