Kejamnya Israel! Tiada keadilan untuk Malek Issa

Seorang kanak-kanak Palestin, Malek Issa memakai mata kiri tiruan selepas panca inderanya itu rosak akibat terkena tembakan yang dilepaskan oleh seorang pegawai polis Israel di Issawiya, Baitulmuqaddis pada Februari lalu. - Foto AFP
Seorang kanak-kanak Palestin, Malek Issa memakai mata kiri tiruan selepas panca inderanya itu rosak akibat terkena tembakan yang dilepaskan oleh seorang pegawai polis Israel di Issawiya, Baitulmuqaddis pada Februari lalu. - Foto AFP
A
A
A

BAITULMUQADDIS - Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri Israel menyatakan ia tidak akan menghukum seorang pegawai polis yang terlibat dalam satu kejadian tembakan ke atas seorang kanak-kanak lelaki Palestin yang berumur sembilan tahun pada Februari lalu.

Mata kiri Malek Issa itu didakwa terkena tembakan sebutir peluru yang tidak boleh membawa maut dan dia kini terpaksa memakai mata tiruan.

Ketika kejadian, dia sedang membeli sandwic.

Ia berlaku di Issawiya, Baitulmuqaddis iaitu sebahagian kawasan di sebelah timur kota tersebut yang didiami ramai penduduk Palestin tetapi telah dirampas Israel pada tahun 1967.

Ketika kejadian, polis cuba mengawal orang ramai akibat rusuhan di kawasan tersebut.

Kementerian Keadilan Israel berkata, selepas siasatan dilakukan, Jabatan Hal Ehwal Dalaman memutuskan tidak ada bukti yang mencukupi untuk melakukan pendakwaan dalam kes itu.

Ia berkata, pasukan polis disyaki melepaskan tembakan itu bertujuan untuk menangani penentangan para perusuh yang membaling batu ke arah pasukan tersebut ketika ia mahu membuat satu tangkapan.

"Semasa aktiviti itu, sebutir peluru span telah ditembak ke arah sebuah dinding iaitu dekat dengan budak lelaki tersebut sedang berdiri," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kementerian itu berkata, satu siasatan perubatan tidak menolak kemungkinan dia kehilangan mata akibat lantunan batu dan bukannya disebabkan peluru span. - AFP