Ahli Parlimen Cheras mohon maaf, tarik balik fitnah: Annuar

Kok Wai (kanan) bertemu Annuar di pejabatnya hari ini.
Kok Wai (kanan) bertemu Annuar di pejabatnya hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai didakwa telah menyerahkan surat pengakuan maaf dan menarik balik kenyataan fitnah terhadap Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Surat tersebut dipercayai berhubung isu laporan berunsur fitnah mengenai penjualan 42 bidang tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Perkara tersebut dikongsikan Annuar menerusi ciapan di Twitternya sebentar tadi ketika menerima kunjungan mengejut Ahli Parlimen Cheras itu di pejabatnya hari ini.

"Saya menerima kunjungan mengejut Pengerusi Kebangsaan DAP, Yang Berhormat (YB) Tan Kok Wai (Ahli Parlimen Cheras) di pejabat saya sebentar tadi.

"Beliau menyerahkan surat pengakuan memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnah terhadap saya pada 18 November lepas," ciapnya hari ini.

Ciapan Annuar berhubung kedatangan Kok Wai di pejabatnya hari ini.
Ciapan Annuar berhubung kedatangan Kok Wai di pejabatnya hari ini.

Selain mengucapkan terima kasih, Annuar yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional itu memaklumkan akan merujuk perkara itu dengan peguamnya.

Terdahulu, Annuar menafikan pihaknya terlibat dalam penjualan tanah seperti didakwa Kok Wai dan dilaporkan sebuah portal berita.

Artikel Berkaitan:

Annuar yang menganggap tuduhan tersebut sebagai keterlaluan telah menyerah notis Letter of Demand kepada Kok Wai, portal berita berkenaan dan ketua pengarangnya bersabit fitnah.

Annuar turut memaklumkan jika menang tuntutan saman RM20 juta itu, pihaknya tidak mengambil satu sen pun wang berkenaan sebaliknya akan diagihkan kepada penjaja di Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuduh jual tanah, Annuar akan saman Tan Kok Wai

DBKL nafi dakwaan penjualan 42 plot tanah

Annuar agih kepada penjaja jika menang saman RM20 juta