X

Kindly register in order to view this article
!

Serah kepada Sultan Perak pilih Menteri Besar: Veteran UMNO

Mustapha
A
A

SHAH ALAM - Veteran UMNO menyerahkan kepada kebijaksanaan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah untuk memilih sama ada menteri besar negeri itu datangnya daripada UMNO dan juga gabungan Pas serta Parti Pribumi Bersatu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, ini kerana baginda seorang yang bijak dan mempunyai pengalaman luas berkaitan situasi di Perak.

"Kita semua sedia maklum bahawa Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menyatakan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak akan dipertahankan.

"Bagi veteran kita akur dengan apa sahaja keputusan yang dibuat oleh kepimpinan parti. Kita tidak mahu mengeruhkan keadaan dan mengapi-apikan isu ini," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Semalam, sorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang enggan dinamakan memaklumkan bahawa jumlah wakil rakyat yang dipercayai sudah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad sebagai calon menteri besar baharu negeri itu meningkat daripada 15 kepada 26 orang.

Mengulas lanjut, Mustapha menyatakan UMNO tidak lari daripada matlamat utama parti dan bersama rakan PN di Perak.

"Undi percaya yang dibuat itu ke atas Menteri Besar sahaja. Bukan bagi meruntuhkan kerajaan PN.

"Kalau nak kira tentang berapa banyak kerusi milik UMNO dan Bersatu, memang kita lebih. Bagaimanapun, UMNO telah membuat ketetapan bahawa kita mempertahankan PN," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kami sebulat suara calonkan Datuk Saarani'

PH Perak sedia kerjasama bentuk kerajaan

'Tenang, jangan buat spekulasi' - Saarani


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!