'Jika ada mahu 'kontrol' maklumkan, saya akan pergi'

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan negeri yang dibentuk melalui gabungan Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Mei lepas tidak terjejas dengan situasi politik di Perak.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, situasi itu juga tidak menjejaskan hubungan antara Pas dengan Bersatu atau UMNO di negeri ini.

"Tidak. Saya di Kedah berkawan dengan semua orang dan tiada yang mengawal diri saya. Jika ada yang nak kontrol saya, maka mereka maklumkan, maka saya akan pergi.

"Saya baik dengan Bersatu dan UMNO, kita juga berkawan dan jika ada perkara ingin disampaikan mereka akan maklumkan dan kita dengar. Jika perlu buat kita buat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada pentadbiran Kedah terjejas dengan situasi Politik terkini di Perak apabila Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu meletak jawatan selepas gagal memperoleh sokongan majoriti wakil rakyatnya.

Ketika diminta mengulas sama ada ada ura-ura Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah bercadang membawa usul percaya atau sebaliknya ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Muhammad Sanusi berkata, perkara itu boleh bincang di luar.

"Mereka boleh maklumkan perkara itu kepada saya tanpa perlu dibawa ke sidang DUN. Jika seorang dua nak pergi saya rasa tidak terkesan. ADUN-ADUN ini bertindak atas kehendak parti mereka.

"Jikalau parti mereka arah begitu, maka mereka kena ikut. Dan, saya tidak boleh salahkan mereka kerana dia pernah bertindak atas arahan parti dia sahaja. Jikalau ada apa-apa mereka maklum di rumah sahaja tanpa perlu dibawa ke DUN," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muhammad Sanusi berkata, Kedah dalam keadaan baik dan harmoni kerana sikap terbuka yang diamalkan selama ini.

"Jika kita buat kerja dengan baik, takkan tiada siapa yang menyokong," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat berkata, beliau juga akan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pas pada petang ini untuk membincangkan beberapa perkara.

Katanya, beliau juga akan memberi pandangan untuk menjernihkan semula keadaan memandangkan Pas ini adalah parti Islam yang untuk mendamaikan keadaan dan bukannya mencucuk ke arah permusuhan.

ARTIKEL BERKAITAN: MB Perak hilang sokongan majoriti

Sultan Perak perkenan peletakan jawatan Ahmad Faizal, Exco

UMNO sedia kerjasama PH bentuk kerajaan di Perak