Umno sedia rampas Perak?

Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah
Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah
A
A
A
KUALA LUMPUR - Umno sedia bekerjasama sama ada dengan PH atau Pas untuk mengambil alih kerajaan negeri Perak yang kini bergelut krisis dalaman.

Ketua Penerangan Umno,Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, dalam keadaan apa-apa pun Umno bersedia selagi ia tidak membelakangkan prinsip parti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong bagaimanapun berkata buat masa ini Umno Perak mengambil pendirian untuk tunggu dan lihat memerhati PH bertelagah sesama mereka.

"Dalam keadaan apa pun memang Umno bersedia selagi ia tidak membelakangkan prinsip parti kita.

"Apa-apa pun kita tunggu dan lihat biar mereka bertelagah sesama mereka," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Shamsul Anuar juga tidak menafikan memang ada pergolakan dalam kalangan Adun PH di Perak akibat perebutan jawatan Menteri Besar.

"Apa yang berlaku ialah pihak kerajaan negeri meminta bantuan daripada Umno untuk menjayakan matlamat mereka, tapi itu terserah kepada kebijaksanaan Pengerusi Perhubungan Umno negeri," katanya.

Sabtu lalu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad, mendakwa beberapa Exco negeri mahu menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau dilaporkan berkata, sekurang-kurangnya lima Adun Umno menerima pelbagai tawaran untuk membantu usaha menyokong usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Faizal di Dun.
Artikel Berkaitan:


Shamsul Anuar berkata, konspirasi menjatuhkan Menteri Besar Perak bukan dicetuskan Umno atau BN sebaliknya Saarani hanya mendedahkan krisis dalaman yang turut mengheret Umno.

"Kita lihat sudah ada keretakan dalam kerajaan negeri Perak akibat tidak puas hati dalam kalangan parti politik PH atas kedudukan Menteri Besar.

"Ia bukan diwujudkan oleh parti BN, tetapi mereka sendiri, dan ada usaha daripada kerajaan negeri untuk meminta bantuan BN bagi menjayakan matlamat mereka," ujarnya.