Ops Samseng Jalanan: Tujuh remaja termasuk tiga positif dadah ditahan

Antara penunggang motosikal yang ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di Nilai, semalam.
Antara penunggang motosikal yang ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di Nilai, semalam.
A
A
A

NILAI - Tujuh remaja lelaki ditahan manakala 76 motosikal diperiksa di atas pelbagai kesalahan dalam Ops Samseng Jalanan di sekitar Jalan Persiaran Tasik Senangin, Mahkota Hill Lenggeng di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, hasil risikan mendapati sekumpulan penunggang motosikal melakukan aksi bahaya dan bersaing sehingga mengancam nyawa pengguna jalan lain.

Menurutnya, empat daripada mereka berusia antara 15 hingga 18 tahun ditahan kerana melakukan kesalahan lalu lintas dan memandu dalam keadaan merbahaya.

Antara remaja yang ditahan dalam Ops samseng Jalanan di Nilai semalam.
Antara remaja yang ditahan dalam Ops samseng Jalanan di Nilai semalam.

"Tiga yang lain didapati positif dadah dan akan disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, sebanyak 327 saman dikeluarkan di atas 350 kesalahan yang dikesan.

Tambahnya, sebanyak 18 motosikal telah disita dan dibawa ke Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai untuk tindakan lanjut.

Operasi dilakukan oleh lima pegawai dan 36 anggota pasukan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Nilai anggota bermula jam 5 petang semalam.

Artikel Berkaitan: